APAKAH DALAM BERIBADAT KITA HANYA IKUT KEHENDAK HATI?

Keinginan untuk menjadi ahli ibadat yang serius dan istiqamah memang ada dalam sanubari setiap muslim. Ini dapat dilihat pada mesa tertentu mereka ini rajin beribadat seperti solat berjemaah atau melaksanakan solat sunat dan perkara lain yang disunatkan. Pada situasi tertentu gagal mengekalkan momentum tersebut dengan pelbagai alasan yang sebenar mengikut hatinya sahaja. Jika ditanya kenapa sudah agak jarang hadir berjemaah di masjid atau Surau ? Maka jawapan yang sinonimnya ialah sibuk! Sibuk dengan urusan kerja atau keluarga! Logiknya, takkanlah kita dalam keadaan terlalu sibuk sehingga hampir gagal hadir ke masjid atau Surau untuk berjemaah dalam tempoh yang agak lama! Bagi mereka yang bekerja, takkanlah setiap cuti hujung minggu pun sehingga tidak kesempatan untuk hadir berjemaah. Dalam meraih ibadat secara istiqamah ialah merupakan perkara yang agak sukar jika kita mengikut rasa hati. Keinginan hati ialah ingin keseronokan tambahan lagi penasihat tersembunyinya iblis laknatullah! Oleh untuk permulaannya kita paksa hati kita agar memaksa diri kita melaksanakan sesuatu ibadat. Walau dalam keadaan sibuk atau penat sekalipun kita kena paksa diri kita untuk melaksanakan ibadat secara bersingguh-sungguh. Kena paksa diri kita untuk hadir solat Subuh secara berjemaah. Waktu Subuh untuk kebanyakan kita ialah waktu belum bermula kesibukan kita. Kegagalan hadir solat Subuh berjemaah kebanyakkan kita masih didodoli oleh syaitan. Memanglah enak dan nikmatnya tidur terutama waktu hampir fajar! Semua akan merasai betapa enaknya untuk menambah beberapa minit tidur sehingga waktu Subuh menjelma! Kita semua dapat mersainya! Sebenarnya kejayaan bangun awal dan melaksanakan solat fardu Subuh berjemaah lebih manis jika dibanding dengan tidur kita pada masa yang sama. Kenikmatan tidur hanya kita merasai pada waktu itu sahaja berbanding Kenikmatan yang kita rasai jika bangkit dan hadir solat berjemaah yang Kenikmatannya berpanjangan sehingga selesai kita melaksanakan ibadat tersebut dan kadang-kadang kita akan terus merasai nikmatnya untuk masa seterusnya. Apatah lagi jika bangun lebih awal dan melaksanakan ibadat malam. Mana yang kita pilih nikmat semasa yang sekejap atau nikmat yang berpanjangan di samping mendapat keredhaanNya. Untuk mendapat Kenikmatan yang berpanjangan kita tidak boleh hanya mengikut rasa hati tapi kita kena paksa hati kita untuk menggerakkan diri kita untuk melaksanakan ibadat dengan bersungguh-sungguh sehingga kita mencapai tahap istiqamah.Bersungguh-sungguhlah dalam mengerjakan sebarang ibadat dan JAUHI alasan-alasan dari hati kita yang akan membawa penyelesaian di kemudian hari. Ramai yang berjaya dikalahkan oleh alasan yang berbagai itu. HARAP MULAI DARI SAAT INI KITA MENGALAHKAN ALASANN TERSEBUT!

Leave a Reply