APAKAH AKSESORI IBADAT YANG ANDA TAMBAH HARI I? MUKADDIMAH

Melaksanakan perkara yang rukun adalah menjadi satu kewajipan bagi semua orang Islam. Namun untuk menjadi orang soleh, kita memerlukan usaha dalam menaikkan darjat sehingga tahap tertinggi. Untuk mencapai tahap tersebut kita perlu melaksanakan penambahan aksesori dalam setiap amalan kita.  Aksesori adalam ibadat merupakan amalan-amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang yang soleh sebagai tambahan amalan yang difardukan untuk mencapai darjat yang tertinggi di sisi Allah SWT. Penambahan ini mesti dilaksanakan secara berkala dan istiqamah. Penambahan boleh dilaksanakan setahun sekali, sebulan sekali, seminggu sekali, sehari sekali atau setiap kali apabila kita melaksanakan amalan fardu kita. Sukar memperolehi nikmat iman jika kita hanya membuat penambahan aksesori setahun sekali atau hanya pada situasi yang tertentu sahaja. Aksesori merupakan pelengkap atau untuk melihat ibadat kita cantik dan menunjuk kesempunaan. Aksesori dalam ibadat meliputi amalan sunat dalam solat fardu atau penambahan amalan-amalan sunat sehari-hari bagi mencapai kemanisan iman dan kemuncaknya ke tahap muqarrabin.
Perlu diingatkan ialah aksesori yang kita ingin buat penambahan mesti yang dituntut oleh sunnah, bukan sekadar ikut-ikutan.
Aksesori utama yang perlu ditambahkan ialah aksesori solat fardu. Solat fardu kita sah apabila kita berjaya melaksanakan semua 13 rukunnya. Solat Akan lebih cantik dan sempurna sekiranya kita buat penambahan aksesori secara berkala, iaitu apabila sesuatu aksesori yang kita tambah itu sudah mantap secara istiqamah. Sebagai contohnya, jika sebelum ini jika kita solat, kita terus kepada rukunnya iaitu selepas sahaja takbiratul ihram kita teruskan dengan bacaan surah al-Fatihah. Apa kata, kita mulakan aksesori kita dengan mewajibkan membaca doa iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Jika sebelum ini kita kadang membaca dan kadang tidak, tapi untuk penambahan aksesori pertama kita amalkan secara istiqamah walau dalam keadaan apa situasi sekali pun termasuklah penambahan dalam solat-solat sunat kita. Ini akan diikuti DENGAN penambahan aksesori pada bacaan semasa rukuk, sujud, selepas bacaan tahiyat akhir sebelum salam dan bacaan-bacaan lain dalam solat yang menjadi amalan Rasul S.A.W. SETERUSNYA ia diikuti DENGAN penambahan aksesori pada amalan-amalan harian yang lain. Buat penambahan sepanjang masa supaya anda akan merasa nikmatnya dan sentiasa ingin membuat penambahannya. Dalam tadarus al-Quran misalnya, jika sebelumnya kita tidak pernah mengkhatamnya kecuali semasa berguru kecil-kecil dahulu, cuba khatamkan sekali dalam setahun dan seterus dua kali setahun, tiga kali setahun, empat kali setahun, Lima kali setahun, enam kali setahun dan akhir berkali-Kali dalam setahun sehinggalah anda merasa ingin khatam sepanjang masa. Sekadar contoh dan sebenarnya tidak terhintung banyaknya aksesori dalam ibadat kita jika kita ingin bandingkan DENGAN aksesori untuk mencantik dunia dan isinya. SEBAIKNYA penambahan aksesori baru dilaksanakan apabila aksesori sedia ada sudah diamalkan secara istiqamah. Aksesori dalam ibadat tidak boleh ditukar ganti, hanya penambahannya sahaja yang boleh diadakan. InsyaAllah Allah akan menyediakan ruang dan keupayaan untuk kita terus menambah aksesori ibadat kita.

Leave a Reply