APABILA MENGANGGAP PERKARA YANG WAJIB SEBAGAI BIASA

Perkara wajib jika ditinggalkan berdosa. Jika meremehkan bagaimana? Solat jumaat merupakan satu kewajipan bagi setiap lelaki muslim yang cukup syaratnya. Solat Jumaat tidak sama dengan solat wajib yang lain.

Hukum orang Islam lelaki yang meninggalkan Solat Jumaat dengan sengaja secara berturut turut sebanyak 3 minggu, hukumnya adalah HARAM dan sicuai ini akan ditutup hatinya oleh Allahu Ta’ala dari menerima petunjuk!

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk” (Hadis riwayat Abu Daud).Ianya mesti dilaksanakan secara berjemaah dangan dengan diiringin dengan khutbah. Mendengar khutbah merupakan satu keutamaan bagi yang mengerjakan solat Jumaat. Ramai yang mengganggapnya remeh dengan hadir ke masjid waktu solat ingin dimulakan. Peluang untuk mendapat ganjaran solat Jumaat disia-siakan. Ingatlah :Barangsiapa yang tiba kemudian dari awal waktu (~ 45minit sebelum azan) maka para malaikat akan menulis pahala baginya seumpama ia telah berkorban dengan se ekor lembu di jalan Allahu Ta’ala.

Barangsiapa yang tiba kemudian dari waktu itu ( ~ 30 minit sebelum azan) maka pahala baginya ditulis seolah ia telah berkorban dengan se ekor kibash @ kambing dijalan Allah.

Sekiranya seseorang itu sampai kemudian dari waktu itu (~ 15 minit sebelum azan), maka para malaikat Allah akan menulis ganjaran pahala bagi jemaah itu pahala seperti ia telah berkorban dengan se ekor ayam demi Allahu Ta’ala.

Sekiranya seseorang itu tiba semasa azan sedang berkumandang, maka pahala baginya hanya seperti ia telah bersedekah dengan sebiji telor ayam di jalan Allah.

Apabila khatib mulai berkhutbah, maka para malaikat Allah berkenaan akan menutup buku catatan mereka dan beralih menghadap tuan khatib tersebut dan mendengar serta menghayati intipati khutbah yang disampaikan.”

Leave a Reply