APABILA KITA RASA SEDANG BERBICARA DENGAN ALLAH…………..

Solat itu adalah perlakuan yang sedang berbicara denganNya. Apabila kita menyedari kita sedang berbicara denganNya, maka kita akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tuturkata bacaan dalam solat dengan lafaz yang terbaik kerana kita sedang menuturkan di depanNya. Kita akan melafazakan sebanyak-banyak zikir kerana zikir ialah memuji kebesaranNya. Apakah apabila kita berdepan dengan yang Maha Agung, Maha Kuasa yang menentukan segala-galanya tidak ingin kita memuji semaksima mungkin agar kita dikuniai nikmat olehNya? Apakah kita tidak mahu meminta(berdoa) sebanyak-banyaknya kepadaNya, sedang kita sedang berdepan dengan Allah tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang tiada makhluk yang dapat menghalang jika Allah ingin kurniakan kepada hambaNya? Apabila kita menyedari bahawa solat itu kita sedang mengadapNya yang sangat dekat dengan, maka tidakkah kita mahu menzahir tentang kesungguhan kita melaksanakan suruhan, tidakkah kita ingin memujiNya sebanyak-banyak pujian dan tidakkah kita ingin memohon(berdoa) sebanyak-banyak permintaan? Maka dengan itu, marilah kita memohon rahmatNya agar dijauhi kita lalai atau membiasa-biasakan solat kita!

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. 中國翻牆 - Trackback on 2016/08/28/ 06:06
  2. Land clearing - Trackback on 2016/10/13/ 08:04