APABILA KITA MENINGGALKAN SYARIAT SIAPA YANG KETAWA DAN MENANG PERCUMA?

Siapa akan ketawa terbahak-bahak dan mendapat kemenangan percuma ? Apabila kita tidak melaksanakan syariatNya seperti solat yang tidak sempurna, tidak hadir ke masjid atau surau untuk berjemaah, majlis-majlis ilmu(zkir) di RaudhahNya lesu, tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari, tidak belajar dan tadarus al quran, tidak menyediakan waktu untuk mendalami maksud al Quran, malas berzikir, malas berdoa, malas bangun berqiamulai, malas menambah ibadat puasa sunat, banyak menghabiskan masa dengan hiburan dan menonton perkara yang tidak menambah atau mengurangkan jika kita abaikan dan, dan,dan yang disuruh kita tidak laksanakan dan yang dilarang atau tidak bermanfaat untuk akhirat kita utama. Siapa yang untung, ketawa dan menang percuma. Siapa lagi kalau bukan musuh Islam di kalangan manusia dan syaitan di kalangan jin. Sanggupkan kita diketawakan mereka ini dan yang lebih mengaibkan ialah memberi kemenangan percuma kepada mereka. Maka keputusan akhirnya kita tewas di dunia dan di akhir kita berjaya! tapi bersama mereka di Jahannam.Mohon kita tidak termasuk dalam kumpulan mereka yang diketawakan dan memberi kemenangan percuma ini. Lawan tetap lawan supaya musuh Islam dan syaitan ini menangis dan tewas di dunia dan yang yang pasti mereka ini di Jahannam di akhirat nanti. Senjata untuk menang ialah melaksana syariatNya mulai dari sekarang.Kita di mana? PANTANG ANAK CUCU ADAM MEMBERI KEMENANGAN KEPADA SYAITAN.

Leave a Reply