APA SETERUSNYA ?

Kita sudah solat. Seterusnya ialah sempurnakan solat kita. Jika belum solat secara berjemaah, maka berjinaklah ke masjid sehinggalah kita menyempunakan solat lima waktu berjemaah. Semuanya dijangka sudah berjaya solat lima waktu tanpa gagal. Seterusnya solatlah tepat pada waktunya. Kita telah berjaya melaksanakan solat sehingga selesai. Seterusnya lengkapkan solat dengan aksesorinya dalam setiap pergerakan dan zikir dalam solat daripada yang lazim kita buat kepada yang lebih lengkap sebagaimana amalan Rasul sallalahu ‘alaiwasallam. Dari doa sebelum berwudukm doa semasa wuduk, doa selepas wuduk dan solat sunat wuduk. Doa menuju masjid, doa masuk dan keluar masjid, solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat rawatib, menjawab azan dan iqamat, doa sebelum takbirratul ihram, doa iftitah yang lengkap, bacaan surah selepas al fatihah dalam solat sirr, bacaan tambahan dalam rukuk, ‘itidal.sujud, antara dua sujud, sebelum salam dan selepas salam. Seterusnya wirid selepas solat sehinggalah solat rawatib maukad (paling kurang pun).Begitu juga dengan ibadat lain seperti puasa dan sebagainya.

Leave a Reply