ANTARA AZAN DAN IQAMAT

Antara azan dan iqamat merupakan tempoh waktu keemasan untuk mereka yang hadir solat berjemaah di Masjid atau surau. Ianya di antara waktu yang mustajab doanya atau amalannya.
Jangka masanya bergantung kepada sesebuah masjid. Sekiranya anda berada di masjidil haram atau masjid Nabawi, masanya tidak kurang daripada 30 minit setiap waktu. Kita di Malaysia berlaku perbezaan. Secara umumnya 5 hingga 30 minit, kecuali solat maghrib terdapat sesetengah masjid yang terus iqamat sebaik sahaja selesa azan!. Semestinya kita sebagai jemaah yang akan mendirikan solat fardu sebaik sahaja iqamat kenalah menggunakan semaksima mungkin waktu di antara azan dan iqamat. Antara azan dan iqamat pada solat:-
Fardu Subuh
Solat sunat sebelum subuh -fadilatnya ialah diganjarkan dengan pahala stu dunia dan seisinya. Jika ruang waktunya agak panjang boleh didirikan pelbagai solat sunat seperti menqadakan solat,sunat mutlak,sunat taubat,sunat hajat dan sebagainya. Boleh juga digunakan waktu keemasan ini untuk berzikir atau menghafaz surah-surat tertentu supaya ia sentiasa kekal dalam ingatan atau tadabbur dan sebagainya. Elakkan daripada berbual kosong kecuali perkara yang “terAmat penting”.
Fardu Zohor
Solat sunat qablian 4 rakaat(2 salam)-solat ini untuk mencukupkan solat sunat awwabin 12 rakaan yang muakad yang ganjaran dibina sebuah mahligai di Syurga (2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya’) seterusnya jika ada waktu bolehlah berzikir, menghafaz, tadarus, tadabbur dan sebagainya mengikut kemampuan.
Fardu Asar
Solat sunat qablian 4 rakaat(walaupun bukan muakad, namun ia amat digalakkan sebagai pengisian masa keeamasan tersebut) seterusnya jika ada waktu bolehlah berzikir, menghafaz, tadarus, tadabbur dan sebagainya mengikut kemampuan.
Fardu Maghrib
Solat sunat qablian 2 rakaat(walaupun bukan muakad, namun ia amat digalakkan sebagai pengisian masa keeamasan tersebut) seterusnya jika ada waktu bolehlah berzikir, menghafaz, tadarus, tadabbur dan sebagainya mengikut kemampuan.Waktu ini agak singkat namun manfaatkan semaksima mungkin. Boleh juga menyelesaikan zikir petang sekiranya tidak sempat dibaca selepas solat Asar.
Fardu Isya’
Solat sunat qablian 2 rakaat(walaupun bukan muakad, namun ia amat digalakkan sebagai pengisian masa keeamasan tersebut) seterusnya jika ada waktu bolehlah berzikir, menghafaz, tadarus, tadabbur dan sebagainya mengikut kemampuan.

Sesungguhnya dengan amalan tersebut membuat kita lebih bersedia untuk solat fardu apabila iqamat dikumandangkan.

Leave a Reply