ANDA DIHORMATI KERANA PRINSIP HIDUP ANDA

Orang yang berprinsip akan dihormati selagi ianya tidak lari normal kehidupan. Apatah lagi jika berpegang kepada cara hidup beragama sebagaimana yang diajar oleh Rasul sallahu’alaiwasallam. Sebagai contoh apabila kita telah istiqamah solat fardu lima waktu berjemaah, maka kita jadikan prinsip dalam pengamalan suruhanNya. Itulah keutamaan kita walaupun dalam apa situasi sekalipun. Sama ada dalam perjalanan, dalam majlis rasmi, majlis sosial yang tidak bercanggah dengan syariah seperti majlis kenduri kendara, dan sebagainya maka apabila sampai waktu solat fardu kita mesti bersegera atau kita membentuk perancangan awal untuk solat berjemaah bersama rakan setugas selepas majlis berakhir jika program tersebut terlalu mustahak. Sebenar jarang sangat majlis yang begitu mustahak berbanding dengan hadir solat berjemaah. Halangan ini biasanya berlaku untuk solat fardu Zohor dan Asar. Namun biasanya waktu fardu Zohor berada di penghujung majlis dan pada kebiasaannya acara di penghujung majlis melibatkan acara pelengkap majlis dan bukan acara yang melibat ucapan dasar. Untuk meninggalkan seketika tidaklah kita kehilangan maklumat penting yang banyak. Atau acara jamuan dan sebagainya. Begitu di sebelah petang untuk kita mengambil sedikit masa untuk hadir berjemaah. Cuma yang paling utama kita hendakalah memasti di mana tempat kita ingin solat berjemaah dalam situasi ini. Perancang adalah paling utama. Solat fardu Isya’ juga kadang-kadang mencabar kerana kebanyakan majlis sosial diadakan selepas solat fardu Maghrib, jadi ramai yang mengabaikan solat berjemaah dan dilaksankan hanya apabila pulang dari sesuatu majlis. Elakkan dan cuba sedaya upaya kita solat Isya’ berjemaah di masjid atau surau yang berhampiran dengan lokasi program kita. Penganjur akan menghormati prinsip kita jikapun kita terlewat untuk beberepa minit dalam program tersebut. Apatah lagi jika kita VVIP. Cubalah kekalkan prinsip kita agar dihormati dengan bantuanNya.

Leave a Reply