ANDA ANGGAP SIAPALAH ANDA DI SISI ALLAH?

Ikhlas dalam beribadat merupakan kunci rahmatNya. Jika anda merasakan anda paling banyak ibadat, adakah anda tahu bahawa hambanya yang lain kurang ibadat dari anda, jika anda rasa anda paling banyak zikir, adakah anda tahu hambanya yang kurang zikir dari anda? Anda rasa ada sudah berjaya melaksanakan solat berjemaah lima waktu di masjid atau surau, tahukan anda orang lain lebih ramai lagi sudah melaksanakan amalan tersebut lebih awal dari anda? Anda rasa andalah yang paling konsisten beribadat malam, tahukah anda hambaNya yang lain lebih komited dari anda dalam amalan kiamulai! Begitu juga dengan amalan-amalan ibadat lain, mungkin diri kita tersangat sedikit berbanding dengan ibadat hambaNya yang lain yang Allah sahaja Maha mengetahuinya. Ibadat mereka ikhlas semata-mata kerana mencari redha dan rahmatNya yang merupakan kunci ibadat kita diterimaNya! Mohon dijauhi dari menganggapi diri kita telah elok ibadatnya berbanding dengan hambaNya yang lain. sentiasalah meeletakkan diri kita dalam serba kekurangan dalam ibadah kita berbanding hambaNya yang lain. Mungkin kita lihat hambaNya banyak melakukan kesilapan dalam ibadatnya, namun pastikah kita hamba ini melakukan kesilapan dalam keadaan yang jahil, namun sedang giat dalam proses pembelajaran berkaitan dengan sesuatu ibadat tersebut. Allah menerima ibadat hambaNya yang beribadat dalam kejahilan namun sedang berusaha mempelajari ilmu yang sedang diibadatinya. Berbanding dengan kita yang beribadat tanpa terus menerus mendalami sesuatu ilmu dan menganggap ibadat kita menepati apa yang Allah inginkan sedangkan kita tidakpun mempelajarinya atau sekadar ikut-ikutan sahaja.

Leave a Reply