AMALKAN YANG PALING RINGAN

Bangun malam bukanlah suatu yang mudah, namun ia menjadi mudah apabila kita berjaya melaksanakannya secara istiqamah. Sebagaimana amalan Nabi Muhammada S.A.W dan para sahabat, sebaik-baik sebelas rakaat solat pada
1/3 malam. Mulailah dengan solat witir satu rakaat sehingga istiqamah kemudian tambah lagi menjadi tiga witir sehingga istiqamah seterusnya tambah lagi dua rakaat taubat, tambah lagi dua rekaat tahajud dan seterusnya sehingga sebelas rakaat dapat kita laksanakan secara istiqamah. Apabila solat-solat yang menjadi amalan para solehin sudah sebati bolehlah ditambah dengan solat sunat lain seperti tasbih, hajat dan sebagainya atau amalan-amalan lain. Paling utama pasti tahap amalan kita sudah sebati dan istiqamah sebelum kita tambah amalan lain. Begitu juga amalan harian lain sebagaimana telah dicatat pada yang lalu(rujuk aksesori ibadat)

Leave a Reply