AMALKAN ILMU YANG ENGKAU TUNTUT

Sudah menjadi trend masyarakat akan berpusu-pusu memberi sambutan program keagamaan. Ia dalam bentuk yang pelbagai, seperti majlis ceramah, kuliah, diskusi, forum, bicara agama, tayangan agama, tanya itu dan ini. Apa lagi pena atau penceramahnya merupakan pesonaliti agama yang hebat sama ada dari dalam atau luar negeri. Apabila diadakan kuliah subuh misalnya, jemaah yang sebelumnya adalah hanyaantara imam dan beberapa kerat makmun sahaja akan melimpah ruah dan selepasnya suasana akan balik asal. Apakah masalah atau sebabnya? Di antaranya ramai yang amat berminat untuk mendekati diri pada agama tetapi ada yang sekadar ikut-ikutan dan yang beramal  tanpa asas ilmu yang mu’tabar dari ilmuan agama secara fomaliti menyebabkan ilmu yang diterima sukar diresapi dalam amalan harian. Sebagaiman dalam Islam beramal tanpa ilmu adalah sia-sia dan belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan. Entah amalan tersebut dierima atau sebaliknya. Mereka ini akan bergaya dengan berpakaian seperti ahli agama, apalagi kalau sud pernah menunaikan umrah, mereka ini selalu berjubah tetapi ilmu kosong. Ini selalu berlaku apabila kita minta kehadapan mereka akan mengelak. Pergerakkan dalam amalan jelas mereka beramal secara ikut-ikutan sahaja. Maka dengan itu kita dapati selepas sesuatu program rumah Allah sepi kembali. Mengamalkan ilmu yang kita pelajari merupakan asas utama dalam agama biarpun secara berdikit tetapi istiqamah. Wallahua’allam,

Leave a Reply