Amalan Yang Sia-sia

Sejak akhir ini, kita kagumi kesedaran dalam pengamalan syariat Islam agak berkembang begitu ketara dari segi kuantitinya. Walaubagaimana amat malam sekali, kesedaran tersebut tidak diiringi dengan budaya ilmu melalui sumber yang muktabar. Hal ini kita lihat secara kasar kepincangan dalam amalan syariah. Perkara ini jika tidak diperbetulkan menyebab amalan yang dilaku sebanyak mana pun akan menjadi sia-sia. “Tidur orang berilmu lebih baik dari amalan orang jahil walaupun satu malam penuh”.

Jika kita ke Masjid, kita dapati sebahagian besar amal yang dilaksanakan tanpa asas ilmu sama ada fardu ain atau tauhid. Kita belum berbicara tentang bacaan tajwid yang merupakan syarat kesempurnaan solat. Kita lihat langkah pertama jemaah memanjat tangga rumah Allah(Masjid) sudah dapat dilihat tahap ilmu jemaah tersebut. Memasuki masjid tanpa bacaan doa atau sekurang-kurang langkahan kaki kanan merupa amalan sunah yang dipersiakan. Pahala sunat dibiar percuma(sayang seribu kali sayang). Seterusnya ke ruang solat dengan solat sunat tahyatut masjid dengan pelaksanaan rukun yang lari dari syariah. Cara rukuknya, kepantasan berpindah dari satu rukun ke satu biasa kita lihat. ……. bersambung

Leave a Reply