AMALAN YANG PALING BAIK IALAH ISTIQAMAH BIAR SEDIKIT- BAGAIMANA?

Kita sering mendengar saranan dari para pendakwah setiap kali menyampaikan tazkirah. Memang nalurinya ingin MELAKSANAKANnya, namun kadang-kadang terbengkalai separuh jalan, kenapa? Dalam beribadat kita kena ikut ketetapan sunnah agar ibadat kita diterimaNya. Kita sering diingatkan betapa ilmu memimpin setiap amalan kita! Namun, fahamkah apakah bentuk ilmu yang perlu supaya ibadat kita selari dengan kehendakNya. Untuk itu, tidak mencukupi sekadar kita menghadiri majlis secara umum sahaja. Pada kebiasaannya majlis ilmu adalah berbentuk akidah dan penekanan peri pentingnya amalan serta ganjarannya. Namun ianya tidak menyeluruh yang dapat memandu kita melaksanakan apa yang disarankan. Ini bermakna kita mesti Mendalami semua fiqh ilmu. Sebagai contoh, kita disaran supaya amalan tilawah setiap hari merupakan suatu tuntutan walaupun sekadar satu ayat. Lanjutan daripada saranan tersebut, sudahkah kita menguasai ilmu betkaitan dengan pembacaan Al Quran dalam aspek tajwid dan sebagainya agar amalan kita berada di landasan yang betul. Adalah amat malang jika kita bertadarus tanpa berusaha memastikan bacaan kita menepati dalam aspek tajwid dan sebagainya agar kita merasai kemanisan dalam bertadarus kalamNya. Begitu juga dengan saranan, bangun malam(qiamulai), kita kena Mendalami apakah qiamulai itu dan apakah pengisian. Berkaitan dengan solat, sama ada solat fardu atau sunat, kita kena mendalami dengan bersungguh-sungguh fiqh berkaitan dengan solat supaya solat hang kita dirikan menepati apa yang disuruhNya. Maka tiada lagi perbezaan dalam mendirikan solat sama ada yang fardu atau sunat. Perlaksanaannya adalah sama, bukan yang kita lihat pada amnya sebahagian mendirikan solat sunat secara sambil lewa sahaja dalam aspek rukun dan yang sunat. Dengan memahami ilmu tauhid berkaitan dengan solat dan digabung fiqh tentang solat akan menjelmakan solat yang terbaik samada solat fardu atau yang sunat. Begitu juga amalan yang lain, kita kena pelbagaikan pencarian ilmu yang akan kita amalkan. SELAMAT mencari ilmu dan mengamalkannya berpandukan sunnah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. dog breeds - Trackback on 2016/07/31/ 09:29
  2. lam nhôm - Trackback on 2016/10/07/ 14:13