AMALAN YANG ISTIQAMAH-PAHALANYA BERTERUSAN JIKA UZUR ATAU HALANGAN SYARIE

Pentingnya istiqamah dalam setiap amalan supaya tidak tercicir pahala jika terhalang atau uzur syarie.

Kita sebagai hambaNya yang tersangat lemah dalam petjalanan kehidupan adakalanya diuji dengan kesakitan, kelupaan atau halangan-halangan yang tidak dapat elak yang menyebabkan amalan-amalan kita térganggu atau gagal dilaksanakan. Namun, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Menegetahui tentang hambaNya hingga ke lubuk hati setiap hambaNya dan Allah Maha Mengetahui berapa biji pasir yang ada di muka bumi serta Allah mengetahui setiap helai dedaun yang gugur setiap detik di muka bumi ini.
Pelaksanaan amalan secara istiqamah (sememangnya kita dengan penuh kesungguhan memastikan amalan tersebut kita ingin laksanakan mengikut waktu dan masa yang ditetapkan) setiap suruhan membawa impak yang berterusan terhadap pahala amalan kita. Apabila kita berusaha menjadikan amalan malam kita dengan bersungguh-sungguh, maka Allah akan kurniakan kekuatan untuk melaksanakannya. Jika kita mempunyai halangan yang syarie seperti ujian sakit atau tertidur maka kita akan dikurniakan pahala sebagaimana amalan kita istiqamah tersebut. Begitu juga dengan amalan lain seperti solat berjemaah, tadarus,,tadabbur,zikir dan sebagainya yang menjadi amalan rutin yang istiqamah (iaitu kita akan usaha laksanakan walau dalam apa situasi sekalipun(ianya gagal dilaksana disebabkan keuzuran atau halangan yang benar-benar kita tidak dapat laksanakan yang hanya Allah sahaja Maha Mengetahui dan menilainya bahawa sememangnya halangan yang benar-benar tidak boleh kita melaksanakan amalan tersebut. Maka marilah kita sedaya upaya melaksanakan setiap suruhanNya secara istiqamah.

Leave a Reply