AMALAN SUNAT JANGAN LAKSANAKAN SECARA TERPILIH

Ramai yang melaksanakan amalan sunat tetapi kebanyakkannya hanya separuh jalan. Sayang sekali amalan yang telah istiqamah bertahun-tahun akhir menjadi sejarah. Lebih lumrah amalan ini tidak konsisten atau mengambil masa yang singkat sahaja. Apakah,puncanya? Amalan tersebut termasuklah dalam amalan solat sunat, zikir solat berjemaah, puasa sunat dan sebagainya. Punca utama adalah tanggapan kita bahawa amalan tersebut adalah sunat semata-mata. Jika ditinggalkan tidak berdosa. Kita selalu juga melihat dan membandingkan orang disekitar kita ramai yang tidak mengamalkan dan kita termotivasi untuk bersama-sama menimggalkannya. Kita juga mengamalkan sesuatu amalan sunat tertentu semata-mata untuk mendapat fadhilatnya sahaja. Sebagai contoh kita pilih zikir-zikir tertentu kerana adalah fadhilatnya. Kita solat sunat-sunat tertentu kerana fadhilatnya seperti solat sunat dhuha untuk mendapat rezeki yang banyak. Pemahaman tentang amalan sunat ini tidak difahami secara mendalam terutama dalam montes rezeki. Apabila kita selalu solat dhuha, namun rezeki kita tetap tidak berubah maka amalan kita mudah goyah.sedangkan konsep rezeki itu teramat luas bukan semata yang dapat dilihat,pada pancaindera. Untuk mengatasi persoalan kita perlu mengubah niat pada setiap amalan kita iaitu beramal semata-mata keranaNya untuk mendapat redhaNya. Apabila kita mendapat redhaNya maka rahmahNya akan mengiringinya sekali. Laksanakan semua amalan sunat semuanya secara berperingkat secara istiqamah dan elakkan mengamalkan amalan secara terpilih dan hanya kerana fadhilatnya semata. Laksanakan keranaNya secara ikhlas dan istiqamah dan berharap ganjaran daripadaNya serta yakin Allah tidak akan memungkiri janjiNya.
SELAMAT TAHUN BARU 2014 DAN JADILAH TAHUN BARU INI TAHUN MENAMBAH AMALAN SUNAT SECARA ISTIQAMAH.

Leave a Reply