AMALAN SUNAT DAN AMALAN YANG DITUNTUT PERLU SEIMBANG

Fenomena amalan puasa sunat, zikir munajat dan sebagainya merupakan satu perkembangan yang amat positif. Semakin ramai melaksanakan puasa sunat 6 hari bulan Syawal, puasa sunat hari Arafah dan puasa sunat 10hb hari Syura. Namun, amalan yang amat dituntut juga perlu diamalkan secara istiqamah. Solat fardu berjemaah di  masjid, solat sunat yang muakad, solat malam, zikir pagi dan petang, puasa Isnin dan Khamis , pelengkap bacaan zikir dan doa dalam solat dan sebagainya juga dilaksana secara bersungguh-sungguh dan istiqamah. Jauhi mengamalkan seruhan secara terpilih atau bermusim. Laksanakan semua seruhan secara berperingkat dan kekal istiqamah. Sebagai contoh ramai yang berpuasa sunat samada sunat hari Arafah atau hari Assyura tapi gagal hadir berjemaah fardu di masjid. Puasa tersebut sunat tapi solat berjemaah merupakan suatu tuntutan. Terbaik ialah segera ke masjid untuk solat berjemaah sebaik sahaja selesai berbuka. Barulah amalan kita seimbang.

Leave a Reply