AMALAN SELESAI SOLAT SUBUH(40-45 minit) SEUSAI SOLAT FARDU MAGHRIB BERJEMAAH

Waktu ruang antara solat fardu Maghrib dan Isya; hanya kira-kira 45 minit sahaja. Waktu "prime time" yang sepatutnya tidak dilepaskan begitu sahaja. Namun ramai yang menggunakan masa yang singkat kepada perkara yang tidak penting(tidak kerjakan pun tidak kerugiaan apa-apa) misalnya berborak kosong, pulang ke rumah menonton atau bersiar-siar sememntara menunuggu waktu Isya'! Disarankan agar digunakan waktu yang singkat ini 'prime time' dengan sebaiknya daripada berlalu begitu sahaja. Gunakan sedikit waktu ini sahaja dari waktu lain yang menyibukkan untuk mendekatkan diri kepadaNya dalam sehari. Di antara cadangannya ialah:

i. Sekiranya ada kuliah Maghrib, maka jangan lepaskan peluang untuk hadir . Menghadiri majlis ilmu seolah-olah kita berada di RaudhahNya di samping menambah ilmu berkaitan syariahNya. Anggaplah kita sekarang sudah berada di laman(taman) syurgaNya dan beberapa langkah lagi untuk masuk ke syurgaNya. Bagaimana kita boleh masuk ke dalam rumah sekiranya kita tidak melalui taman sebelum sampai di pintu, begitu jugalah bagaimana kita ingin masuk ke syurganya tanpa melalui taman(RaudhahNya). Majlis ilmu juga sentiasa dinaungi beribu-ribu malaikat (70 000 malaikat menaungi majlis ilmu). Sekiranya tidak ada majlis ilmu masjid kita, maka boleh kita buat tinjaun mungkin ada majlis tersebut di kariah atau masjid yang berhampiran.

ii. Pilihan kedua ialah medirikan solat sunat. Untuk masa sekitar 40 minit adalah mencukupi untuk mendirikan solat sunat taubat serta diikuti dengan solat sunat awabbin 6 rekaat yang amat besar fadhilatnya( rujuk ustaz atau buku berkaitan solat sunat awabbin). Sekiranya masa berbaki bolehlah kita dirikan solat sunat hajat atau bertadarus al Quran.

iii. Pilihan ketiga ialah bertadarus al Quran dan sebaik bertadabur atau menghafal surah-surah lazim yang belum dihafal.

iv. Kepada muslimin yang belum menguasai alQuran terutama ilmu tajwid, maka inilah masanya untuk mempelajarinya daripada jemaah lain yang mahir. Buangkan sifat ego untuk bertanya dan belajar dengan mereka yang mahir di sekitar kita seperti imam, bila, ustaz dan siapa saja yang lebih mahir daripada kita.

v. Diskusi berkaitan agama juga disyorkan.
vi. Kepada mereka yang tinggal berhampiran masjid dan ada ilmu berkaitan al quran walaupun sedikit(di samping kita sendiri mendalaminya dari masa ke masa) bolehlah bertadarus bersama keluarga atau mengajar mengaji al quran anak-anak atau anak jika dua tiga orang (sesuai dengan masa yang singkat), Secara tidak langsung kita mengadakan raudhah di rumah sendiri.

Gunakan waktu emas ini dengan sebaiknya secara istiqamah.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. noticias - Trackback on 2016/08/02/ 09:18
  2. Binäre Optionen - Trackback on 2016/09/01/ 13:37
  3. mdma powder - Trackback on 2016/09/09/ 16:47
  4. vf - Trackback on 2016/11/13/ 06:19