AMALAN SELESAI SOLAT SUBUH(30-45 minit) SEUSAI SOLAT FARDU SUBUH BERJEMAAH

Kebanyakkan rajin beramal terutamanya selesai solat fardu Subuh terutama pada cuti hujung minggu yang mana tiada hal penting ingin dilakukan, namun tidak ramai yang konsisten(istiqamah). Kenapa? Untuk amalan hujung minggu atau kita mempunyai ruang masa kira 30 minit seusai solah fardu Subuh adalah dicadangkan diamalkan zikir berikut secara tetap! PASTIKAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH)
i. Zikir pagi (rujuk buku zikir pagi dan petang -susunan Dr Abdul Basit atau susunan lain-lain ulama) cuba menghafalnya (bacaannya mengambil masa sekira 15 -20 minit sahaja) sementara belum menganghafalnya jangan segan dan malu sentiasanya membawanya bersama(bukul kecil sahaja dan boleh disimpan di dalam poket baju melayu/jubah). Untuk menghafalnya jika bersungguh-sungguh hanya mengambil masa 3 bulan atau kurang sahaja. Jadikan zikir ini secara tetap pada pagi selepas solat fardu Subuh dan selepas fardu Asar. Jika hari berkerja boleh diamalkan semasa perjalanan pergi dan balik bekerja. Cuba sedaya upaya amalkannya secara istiqamah. Dengan ada amalan ini kita tidak tercari apakah amalan yang seharus diamalkan sebaik sahaja selesai solat fardu Subuh( jangan tinggal wirid selepas solat Fardu Subuh(wirid dari sunnah lebih ringkas tapi fadhilatnya amat besar).Kita perhatikan orang yang amalannya tidak konsisten disebabkan tiada zikir yang khusus.
ii. Tadarus al Quran sekurang-kurang satu ‘ain atau 100 ayat( boleh baca surah alWaqiah + alfatiah sudah lebih 100 ayat). Kenikmatan tadarus akan dirasai apabila kita membacanya dengan tajwid yang betul (by hook or by crook) kita kena mendalami ilmu al Quran).
iii. Cari amalan lain sebagai tambahan jika kita mempunyai masa yang lebih lama selesai solat fardu Subuh. Sila pastikan setiap amalan itu diamal secara istiqamah apabila kita membuat penambahannya!.

Leave a Reply