AMALAN MINIMUM YANG PERLU ISTIQAMAH!

ISTIQAMAH DALAM beramal bukanlah suatu yang mudah untuk dilakaanakan. Oleh kerana itu perlu melaksanakan sesuatu amalan yang paling minimal untuk dilaksanakan sebelum amalan yang lebih besar sebelum mencapai amalan yang maksima. Di sini dicadangkan amalan yang paling ringkas yang mesti dilaksana secara ISTIQAMAH setiap hari. Di antara amalan yang mampu diamalkan secara ISTIQAMAH ialah:
Solat fardu berjemaah, langkah awal ialah solat fardu Subuh, Mghrib dan Isya’ diikuti dengan kelima solat fardu.
Solat sunat sebelum fardu Subuh dan solat sunat rawatib yang muakad.
Solat sunat tahajjud dan disudahi dengan solat sunat witir dan ditambah dengan solat sunat malam yang lain seperti hajat, taubat dan sebagainya secara berperingkat.
Solat sunat Dhuha sekurang-kurang 2 rakaat
Zikir pagi petang yang ringkas.
Puasa sunat 3 hari dalam sebulan iaitu 13,14 dan 15hb dan diikuti dengan puasa Isnin dan Khamis apabila puasa 3 hari sudah dapat dilaksanakan secara ISTIQAMAH.
Diikuti dengan doa-doa di setiap pergerakan atau pekerjaan yang kita lakukan sehari-hari seperti doa makan, doa masuk Dan keluar tandas dan sebagainya secara berperingkat.
Dalamilah ilmu berkaitan dengan suruhanNya dan amalkanlah secara berperingkat dengan ISTIQAMAH sehingga mencapai tahap maksima apabila kita dipanggil mengadapNya.

Leave a Reply