Amalan Masyarakat Pada Bulan Sya’aban

Sambungan dari artikel ruginya beramal tanpa ilmu. Sempena bulan Sya’aban yang dikata bulan membuat persiapan menghadapi bulan mulia Ramadhan almubarak. Bagi jawatakuasa masjid sibuk mencari iman bagi mengimani solat terawih. bagi masjid yang berkemapuan sudah siap menempah para hafiz samada dari dalam atau luar negeri. Yang pasti masjid yang sunyi sebelum ini akan meriah dengan kehadiran jemaah dari setiap penjuru masjid. Pada malam awal Ramadhan masjid akan dipenuhi dengan para jemaah. Mereka datang untuk menyahut seruan bagi mendapat pahala berganda pada bulan ini, malah ada yang bercita-cita untuk bertemu lailatul qadar walau pun sebelum ini hanya menjenguk kaki kemasjid seminggu sekali. Tak apalah, mudah-mudah Allah swt menemukannya. Allah Maha Pengasih, sekira Allah kan ‘kun” maka jadilah, Dia yang menentukan segalanya. Walau seseorang itu saban hari ke masjid tapi dengan beramal dengan kejahilan pun dikira merugikan (moga Allah jauhinya  kita semua). Perkara yang ingin disentuh di sini ialah amalan keduri arwah atau kumpulan ini memanggil bulah ini sebagai ‘bulan arwah’, kita kurang pasti nas yang mereka pakai dari mana. Nama amalan ini kita cuba lihat dari sudut positif. Mungkin amalan yang dilakukan ini sebagai amalan tambahan mereka(bagi mereka yang mendoa dan menghadiah amalan kepada arwah sepanjang tahun) di samping mengerat saliturrahim di kalangan keluarga, kenalan dan jiran. Sekira amalan ini hanya dilaksanakan hanya pada bulan ini dan tidak pernah menghadiah tahlil,tahmid dan tasbih pada hari-hari lain, maka ianya amat malang sekali. Kerana amalan secara langsung sepanjang tahun dari anak arwah adalah lebih afdal kerana ia dilaksanakan seikhlas mungkin berbanding orang lain yang bertahmid.bertasbih dan bertahlil. WAllahua’lam.

Leave a Reply