AMALAN MAMPU AMAL!

Medan dakwah amat luas dan ribuan pendekatan. Mereka yang berilmu dan berautoriti boleh membentang ilmu berkaitan amalan berkaitan perkara yang melibat hukum-hukum sama ada dalam aspek fiqh, tauhid, usuludin dan sebagainya.Mereka yang berilmu dan petah berkata, berdakwah dengan caranya. Kita yakin semuanya nawaitu membawa hambaNya ke syurgaNya. Namun penulis blog cikguMat tidak arif dalam aspek tersebut mengunakan pendekatan yang agak berbeza dalam membawa hambaNya ke jalan yang diredhai. Mungkin pendekatanya ada persamaan dengan sebahagian rakan, namun anggaplah sebagai suatu nilai tambah dalam meningkat amalan harian. Blog ini cuba menggunakan pendekatan yang ‘simple’ dengan saranan amalan yang mampu di amalkan oleh muslim kebanyakkan. Namun, penekanan kepada asas fardu ain penulis tidak sekali-kali bertolak ansur iaitu berkaitan dengan ilmu fardu ain yang menjadi teras kepada semua amalan kita. Sebagai contoh ilmu tentang bacaan al quran, penguasaan tajwid merupa asas yang perlu dikuasai dalam proses beramal diikuti ilmu fiqh dan sebagainya yang berkait dengan amalan-amalan yang diperintahNya. Syor-syor atau cadangan amalan yang perlu diamalkan merupakan cadangan amalan yang mampu dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Amalan yang disarankan jika diamal secara konsisten dan menaik ianya akan membawa kita istiqamah terhadap amalan tersebut. Apabila sesuatu amalan itu sudah sebati, akan ada keinginan untuk menambah amalan yang baru. begitulah seterusnya. Bermula daripada amalan yang paling mudah, sebagai contoh langkahan kaki semasa ke tandas dan diikuti dengan doanya sehingga kehadiran ke masjid atau surau untuk solat fardu berjemaah disampai secara berperingkat dan cara yang mudah dan mampu dilakukan. Cadangan yang syorkan merupa latih tubi amalan yang telah dibuktikan keberkesanannya. Pengungjung blog boleh mengimbas kembali artikel sebelum ini di blog sebagai pendekatan dalam beramal ke arah amalan yang istiqamah. Cubalah step by step yang disyor dengan memilih mana yang utama dan mampu diamalkan. Selamat beramal dan merasai kemanisan amalan!

Leave a Reply