AMALAN -KENA BUAT SEMUA

Target kita 100% melaksanakan suruhanNya. Maka, kita kena berusaha bersungguh-sungguh mencapainya. Sebagai contohnya solat fardu berjemaah, tidak memadai kita hanya istiqamah satu dua solat fardu sahaja! Misalnya kita istiqamah solat fardu Maghib dan isya’ berjemaah tetapi untuk fardu yang lain kita berjemaah mengikut keadaan! Kita kene berusaha untuk memastikan kita melaksanakan semua lima waktu fardu berjemaah secara istiqamah . Untuk kes khas yang memang menghalang kita hadir berjemaah, mungkin beralasan. Namun, yang paling penting kita telah berusaha semua cara untuk hadir berjemaah tapi gagal! Itu dikira kegagalan itu kerana halangan yang gagal diatasi! Kita kena berusaha dan apabila hal ini terjadi menyebabkan ramai kecewa atau melaksanakan apabila ada kelapangan. Kita kena teruskan usaha untuk mencapai solat berjemaah lima waktu total sehinggalah Allah akan menunjukkan jalan kepadaNya. Yakinlah bahawa Allah MAHA BERKUASA ke atas sesuatu! Jika kita bersungguh-sungguh sudah tentu Allah akan memberi ruang dan waktu untuk melaksanakan suruhanNya. Kebanyakkan kita yang bekerja, kadang-kadang sukar untuk mendirikan solat fardu Zohor dan Asar berjemaah, namun jangan sekali-kali berputus asa. Berikhtiarlah untuk dapat solat berjemaah walaupun bukan ‘ on time’, jika ada peluang untuk berjemaah ‘on time ‘ jangan sesekali lepaskan peluang keemasan tersebut, contohnya pada hujung minggu dan semasa kita tidak bertugas atau kebetulan kita berada di luar pejabat pada waktu solat berjemaah, maka ambil peluang keemasan ini untuk mendirikan solat secara berjemaah. Kesungguhan dan menggunakan sepenuhnya ruang yang ada untuk melaksanakan target kita, insyaAllah satu masa nanti Allah akan menunujuki jalanNya. Mudahan halangan yang menyebabkan kita gagal hadir berjemaah diampuniNya dan diganjarkannya juga pahala berjemaah berdasar usaha kita menggunakan peluang yang ada dengan bersungguh-sungguh untuk hadir berjemaah pada masa yang tidak berhalangan. Jaga ‘ track record’ berjemaah anda dengan bersungguh-sungguh , semoga ‘ track record’ istiqamah kita itu, Allah mengampuni kita di masa kita berhalangan.

Leave a Reply