AMALAN ISTIQAMAH YANG SEPATUTNYA DILAKSANAKAN SEPANJANG MINGGU LALU!

Bagaimana dengan amalan anda pada minggu lalu? Semua berjaya menyambut aidil adha dan yang berkemampuan telah melaksanakan ibadat Qorban dan kepada yang tidak melaksanakan ibadat korban adalah disunatkan untuk hadir ke majlis penyembelihan korban. Kepada yang istiqamah hadir solat berjamaah, kita berjaya melafaz takbir raya dengan bertakbir, bertasbih, bertahmid dan bertahlil sehingga hari ke 13 Zulhijjah sehinggalah kita mengerjakan solat fardu Asar. Mudahan yang tidak hadir ke masjid pun akan melafazkan kalimah tersebut secara bersendirian. Ianya diikuti dengan puasa sunat hari Khamis. Lebaran kitabullah sudah tentu sekurang-kurang satu atau dua juz atau minimanya 100 ayat sehari.Bagaimana dengan doa-doa harian, doa ketika melaksanakan sesuatu amalan atau perbuatan? Moga kita dikurnai kekuatan untuk mengamalkan semua seruhan secara istiqamah.

Leave a Reply