NO TO AMALAN BERMUSIM!

Ramai umat Islam beramal mengikut musim atau suasana! Kita perhatikan di bulan Ramadhan ramai yang hadir Solat fardu Subuh berjemaah tapi selepas bulan tersebut keadaan seperti biasa. Sebelum Ramadhan satu atau saf, manakala di bulan Ramadhan saf berganda- ganda, selepas Ramadhan safnya kembali kepada satu dua saf! Begitu semasa menunai ibadat haji atau umrah , jemaah akan pastikan 40 waktu Solat fardu berjemaah di masjid Nabawi, mereka sudah berada di masjid walaupun waktu Solat masih lama lagi. Namun , sebaik sahaja pulang ke tanah air Solat berjemaah entah ke mana! Begitu juga semasa di Makkah al mukaramah jam 2 atau 3 pagi sudah bergerak ke Baitullah, namun apabila pulang ke Tanah air Solat Subuh berjemaah entah ke mana! Itu jika amalan bermusim atau mengikut SUASANA . Bagaimana diri kita? Amalan bermusim atau mengikut SUASANA atau semata kerana untuk mendapat keredhaanNya. Orang beribadat untuk keredhaanNya sentiasa ISTIQAMAH walaupun apa situasi sekali pun .

Leave a Reply