AMALAN-AMALAN SUNAT – IKUTLAH KEUTAMAAN

Amalan fardu merupakan teras dalam Islam yang wajib dikerjakan. Untuk pelengkap kepada amalan fardu terdapat banyak amalan yang sangat dituntut dan sunat yang diajar kepada kita untuk kita amalkan. Dalam amalan tersebut terdapat keutamaannya. Keutamaan bermaksud amalan mana yang seharusnya diutama atau didahului. Untuk mendapat kesumpurnaan solat ialah dengan solat fardu secara berjemaah.Sebagai seorang muslim yang ingin mendapat solat yang sempurna semesti akan berusaha dengan bersungguh-sungah dalam keadaan apa sekalipun untuk hadir berjemaah di masjid atau surau. Ianya diikuti dengan solat rawatib sebelum fardu Subuh yang ganjarannya satu dunia dan seisinya. Diikuti dengan memastikan solat rawatib 12 rakaan dalam sehari yang ganjaran dibina sebuah mahligai untuknya di syurga.(4 sebelum zohor dan 2 selepasa + 2 selepas maghrib dan isya’ dan 2 sebelum solat fardu Subuh.Seterusnya solat witir 3 (penutup solat malam atau selepas solat sunat Isya’ jika rasa tidak terbangun 1/3 malam)rakaat.Diikuti solat sunat tahajud dan sunat dhuha. Solat sunat lain seperti sunat taubat(sekerap yang mungkin) dan sunat tasbih(biar konsisten sama ada seminggu seklia atau sebulan sekali atau sebagainya berdasarkan kemampuan) sebagai urutan sekiranya solat tadi sudah istiqamah. Boleh ditambah solat sunat hajat(bila-bia masa) dan sunat awabin(di antara maghrib dan isya’).Solat wuduk digalakkan dijadikan sebagai rutin( ingat kisah Bilal bin Rabah tentang Solat wuduk) serta banyak lagi solat sunat, namun yang dinyatakan menjadi amalan yang dilaksanakan sevara bersungguh oleh para aulia dan solehin. Amalan sunat lain akan menyusul…..

Leave a Reply