AMALAN 1 hingga 10 ZULHIJAH

10 hari yang teramat besar fadhilatnya jika kita laksanakan amalan yang disunnahkan. Untuk mereka yang tidak melaksanakan ibadat fardu haji, dan melaksanakan ibadat qurban meraka hendak menahan diri dari mencukur bulu pada badan serta memotong kuku serta sebaiknya serta mengelakkan diri melakukan sebarang amalan yang membawa kepada dosa sebagaimana para jemaah haji bermula pada 1 Zulhijah sehingga terlaksananya ibadat qurban iaitu selepas solat idil adha. Pada 1 hingga 10 Zulhijah kita digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Perbanyakkan istighfar, tadarus, tadabur, takbir, tahlil, tahmid dan sebagainya.selainnya melaksanakan puasa sunat pada 9 Zulhijah ( hari Arafah) dan seeloknya dimulai pada 8 Zulhijah serta istiqamah puasa Isnin dan Khamis pada 3 Zulhijjah dan 7 Zulhijjah. Amalan sunat ini sebaiknya diteruskan secara ISTIQAMAH sepanjang masa.

Leave a Reply