AMALAM PRA DAN PASCA RAMADHAN BIARLAH SAMA DAN ISTIQAMAH

Hanya bezanya puasa di bulan Ramadhan direct 29/30 hari, namun di luar Ramadhan kita boleh teruskan puasa Nabi Daud a.s atau paling minima puasa Isnin dan Khamis. Bab berkaitan solat pula ialah kekalkan dengan solat berjemaah lima waktu serta sunat-sunatnya, manakala solat terawih boleh digantikan dengan solat sunat awwabin, taubat, hajat dan sebagainya di antara waktu Maghrib dan Isyak. Untuk solat sunat yang lain seperti solat malam,witir,dhuha, tasbih, wuduk dan sebagainya hanya perlu dikekalkan amalannya. Tadarus dan tadabur perlu diteruskan secara istiqamah sebagaimana kita baca dan tadabur di bulan Ramadhan. Zikir sedekah dan sebagai terus sepanjang hayat. Dengan amalan tersebut secara langsung kita sentiasa akan menjaga perlakuan hidup setiap masa, sama ada dalam menjaga anggota pancaindra supaya terhindar dari mendapat dosa. Jadi mahu tidak mahu apa sahaja amalan kita di sepanjang Ramadhan yang diperintahnya mesti diterus sebagai tanda berjayanya kita berada di madrasah Ramadhan. Mari kita muhasabah diri kita dan bandingkan amalan kita sekarang dengan amalan kita sepanjang Ramadhan. Ada persamaan atau persamaan dengan amalan sebelum Ramadhan. Kita sahaja yang mampu menilainya dan tanamkan keikhlasan dalam amalan kita.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. lam chống nắng - Trackback on 2016/10/16/ 07:35