AMAL TIDAK SEMUDAH BERKATA, MENCATAT DAN MENG”PASTE”

Ramai orang boleh bercakap tentang kelebihan ibadat, ramai orang boleh mencatat pelbagai nasihat, mencadangkan berbagai amalan, menulis bermacam ilmu berkaitan amalan dan yang paling ramai meng”paste” berbagai amalan baik dari macam-macam sumber. Semua yang diucap, yang dicatat dan yang di”paste”kan adalah yang baik dan terbaik. Persoalannya apakah yang disuarakan, yang dinukilkan atau yang di “paste”kan itu telah diamalkan secara istiqamah?
Apa yang terbaik ialah perkara yang kita tuturkan, yang kita bentangkan secara bertulis dan yang kita “paste”kan biarlah amalannya telah sebati dalam kehidupan beramal kita(istiqamah). Biarlah sepatah kata, sepatah perkataan atau seringkas “paste” tetapi ianya telah kita amalkan secara istiqamah.

Leave a Reply