AMAL DENGAN URUSAN KEHIDUPAN MESTI SELARI

Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia mesti selari. Hubungan dengan merupakan kerja individu dengan Allah berkaitan dengan melaksanakan segala seruhan dan meninggalkan semua larangan. Ramai hambaNya berjaya melaksanakan hubungan dengan baik walaupun tidak mencapai tahap kesempurnaan.Asal menepati semua rukun dan syarat serta ikhlas, maka baik hubungannya dengan Allah dan berpeluang diberi ganjaran pahala. Namun hubungan sesama makhluk murupakan nilai tambah dan sebagai pelengkap bagi menggambar keselarian di antara hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Hubungan dengan makhluk selain manusia merupakan hubungan sehala sahaja. Hubungan sehala bermaksud hubungan sebelah pihak iaitu diri kita dengan makhluk seperti haiwan dan sebagainya dan mereka tidak perlu berhubung dengan kita.Jika hubungan kita baik dengan makhluk tersebut kita akan diganjari pahala atau sebaliknya. Cabaran yang paling besar ialah melaksanakan hubungan sesama manusia sama ada dalam bentuk hubungan saliturrahim, hubungan kemanusiaan, dan hubungan berkaitan urusan kehaidupan seharian yang berkaitan alam pekerjaan, sosial dan sebagainya. Hubungan sesama manusia merupakan hibungan dua hala. Hubungan dua hala bernakna saling bergantung di antara satu sama lain. Kita bergantung kepada orang lain begitu sebalik. Proses dan nilai semasa berhubungan dengan pelbagai keperluan di antara satu sama lain mesti menepati kehendakNya baru ianya selari di antara hubungan dengan Allah dan hubungan dengan makhluk. Hubungan sesama manusia tidak semestinya menguntungkan kedua pihak secara realitinya di dunia. Ini kerana keuntungan hasil hubungan sesama manusia yang menepati suruhanNya akan kita tuai di SANA nanti. Maka, kita akan dapati dalam hubungan sesama manusia kita akan dapat secara tersurat kadang kalan meguntung sebelah pihak, manakala pihak yang satu lagi mengalami kerugian. Namun secara hakikat dan tersiratnya Allah telah sediakan pelbagai hikmah di sebaliknya. Sebenarnya tiada pihak yang mengalami sebarang kerugian seandainya kita yakin dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Pengasih Allah tidak akan sesekali menginaya hambaNya. Kecuali hambaNya yang ,menginaya dirinya sendiri. Renungilah artikal ini secara mendalam!

Leave a Reply