ALLAH WAJIBKAN SOLAT DALAM APA KEADAAN SEKALIPUN KERANA SOLAT ITU MUDAH!

Solat itu diwajibkan kepada semua yang mengaku Islam yang akil baligh. Solat mesti didirikan walaupun dalam keadaan apa sekalipun selagi akal kita waras.Semasa sihat walafiat kita buat yang terbaik dengan aksesori(perkara yang sunat sebagai nilai tmabah) yang lengkap dan berjemaah secara istiqamah.Masa kita sibuk kita boleh melaksanakan perkara yang rukun serta yang disunat mana yang ada ruang. Masa bermusafir kita dibolehkan diqasarkan(4 rakkan kepada dua serta dijamakkan dalam satu waktu).Ketika berada di dalam kenderaan(kapalterbang) ada caranya untuk melaksana kewaiban solat. Ketiks bencana banjir, perang dan sebagainya diperincikan cara melaksanakan kewajipann ini.Ketika sakit biasa(ringan tapi badan lemah), sedrhana sakit atau sakit berat ada caranya yang diperincikan agar kita kekal mendirikan solat. Dalam keadaan kriikal kita boleh solat dengan isyarat mata dan terakhir sekali dengan hati sahaja. Pada tahap yang paling kritikal kita memerlu bantu mereka yang berada bersama kita untuk mengingatkan kita tentang solat samasa berkaitan dengan masuknya waktu, wuduk atau tayamun serta membisik diteliga pesakit perjalan solat dari pada wuduk sehinggalah salam.Pada saat ini, pesakit akan mengikut dengan isyarat atau gerak hati. Situasi ini memerlu mereka yang berada di sampingnya memahami secara mendalam bagaimana memastikan pesakit yanhg kritikal ini kekal mendirikan solat sehingga akhir hayat seandai tidak sembuhkannya. Pada peringkat sudah memadai melaksanakan rukun-rukun yang tersangat MUDAH ialah takbir, rukun, membaca surah al Fatihan, isyarat rukun yang melibatkan pergerakkan, tahiyat akhir serta salam. CUKUP MUDAHKAN!. Apa yang istimewa yang mezahirkan ALLAH MAHA PENYAYANG ialah walaupun solat paling ringkas dan mustahil untuk solat berjemaah, namun kita akan diganjari sama dengan apa yang kita amalkan semasa kita sihat walfiat. Apa yang paling penting ialah semasa sihat kita laksanakan yang terbaik dan istiqamah apa yang disunnahkan kepada kita.

Leave a Reply