ALLAH MAHA PENGASIH

Tiada seorang manusia yang terlepas dari kasih sayangNya. Bagi kita hambaNya setiap saat dikurniakan nikmat yang berbagai bentuk. Rezeki berbagai bentuk (material, udara untuk bernafas dan sebagainya, kesihatan, keselesaan, kemudahan, keamanan, kesukaan dan sebagainya yang tidak terhitung oleh akal kita sebagai hambaNya yang tersangat lemah. Jika diberi ujian kesukaran, kepayahan, kesakitan dan sebagainya bermakna kita akan diganjari dengan penghapusan dosa sekiranya kita bersabar dan redha. Itulah Maha Pengasihnya Allah kepada hambaNya. Sebagai tanda kasih dan syukur di atas nikmatNya, maka kita kena tingkat amalan kita semaksima mungkin dan seistqamah yang mungkin. Selamat beramal secara istiqamah wahai hamba Allah yang sentiasa dikasihiNya.

Leave a Reply