ALLAH ANUGERAHI KITA BANYAK RUANG MASA NAMUN JARANG KITA MENFAATKAN

Alasan yang sering kita dengar ialah tiada masa untuk beribadat khusus kerana sibuk dengan bermacam-macam urusan.Sebenarnya kitalah yang menyibukkan hal-hal dunia. Contoh pernah diulas dalam artikel sebelum ini, bahawa di masa yang tidak sibuk pun tidak juga kita membuat penambahan ibadat. Iaitu pada cuti hujung minggu pun kita lebih suka lepak di depan TV atau bersama kawan daripada berjamaah di masjid atau Surau.

Zikir dan menghafal alQuran misalnya boleh diamalkan semasa memandu atau sedang menunggu sesuatu. Ruang masa di antara solat maghrib dan isyak boleh kita guna untuk beribadat terutamanya solat awabin dan hajat mohon ditambah dan istiqamah dengan imam, jika beralasan waktu lain kita sibuk.

Ramai yang mensia-sia waktu berjalan. Di mana sahaja, kaki kita akan melangkah. Apa salah kita guna masa tersebut untuk berzikir. Sesetengah kita menganggap zikir adalah perkara yang sunat sahaja dan remeh, namun perlu diingat bahawa dengan berzikir jiwa kita lebih tenang dan yang paling utama dengan mengamalkan zikir kita akan dikurniaiNya kekuatan dalam istiqamah terhadap amalan yang wajib. Gunakanlah setiap ruang masa untuk zikrullah agar hati kita sentiasa terpaut kepadaNya.

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. Furniture Hardware from China - Trackback on 2016/05/02/ 03:02