ALHAMDULILLAH! MARI KITA KALAHKAN SYAITAN!

Syukur alhamdulillah, blog ini telah kembali pulih setelah bermasalah dengan ‘ pengendali server’ untuk beberapa minggu serta kealpaan dan kelemahan pemilik terutamanya. Syaitan akan sentiasa menyesat dan melalaikan kita setiap saat dan kita sering tertewas. Namun, alhamdulillah kita juga berjaya menewaskan untuk kesekian kalinya. Dengan pertolonganNya hasil dari usaha kita sentiasa bermunajat dan berusaha untuk kembali kepada suruhanNya. Mahukah kita melihat syaitan meratap kekecewaan? Jika itu yang kita mahu, ayuh, kita lawan habis-habisan dengan kembali kepadaNya setelah seketika atau aepanjang masa kita terpedaya dengan syaitan laknatullah. Jika kita terus diulit dengan kesesatannya syaitan akan ketawa terbahak-bahak! Ayuh kita seksa syaitan dengan penuh kehampaan sebelum menerima sekasaan dari yang Maha Esa dengan meninggalkan kesesatan yang didorongnya kepada ajaram Allah Yang Maha Benar. Ayuh kita tangiskan syaitan laknatullah.

Leave a Reply