ALHAMDULILLAH

Alhamdullah, kerana kita diberi kesempatan untuk menruskan kehidupan sehingga tahun 1435H. Semarai ramai umat Islam berada di masjid dan surau untuk mengakhiri dan menyambuat tahun baru dengan doa. Hatta PM kita yang begitu sibuk sekali pun mengambil kesempatan untuk berjemaah Maghrib di masjid. Memang ada masa pun jika mendahului Allah. Maha Pengasih dan Maha Penyayangnya Allah kepada hambaNYA. Allah tidak membiarkan hambaNya terus lalai tetapi sebaliknya sentiasa mengingati hambaNya supaya mengingatiNya. Allah memerintahkan hambanya melaksana ibadat puasa pada bulan Ramadhan, maka berbondong-bondonglah hambaNya ke masjid atau surau untuk melaksanakan ibadat terawih walaupun sebelumnya kadang-kadang sahaja, malah ada yang langsung lupa untuk ke rumahNya kecuali seminggu sekali pada Jumaat. Di wajibkan solat Jumaat supaya dalam seminggu hambaNya diingati terhadap tanggungjawanya kepada Allah.Allah boleh sahaja mebiarkan hambaNya dalam keadaan lalai sehingga dihumban ke nerakaNya dan Allah dirugi apa-apa. Namun Allah MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Dengan penghijrahan Rasul S.A.W, Allah mengingatkan kita supaya sentiasa ada kenginan untuk menjadi hambaNya yang lebih baik dengan melaksana hijrah dalam setiap aspek kehidupan supaya lebih baik dari sebelumnya. Walau ramai yang hanya sekadar berazam sahaja, walhasil balik asal.

Semperna hijrah ini, marilah kita benar-benar berhijrah walau kecil. Kalau sebelum ini kita jarang solat berjemaah, maka ubahkan sedikit demi sedikit dan yang utama apa yang kita tambah dalam hijrah kita, kita laksanakan secara istiqamah. ALLAH MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.

Leave a Reply