ALANGKAH BAIKNYA PUASA HARI ARAFAH DITAMBAH DENGAN AMALAN SUNNAH LAIN!

Rasanya ramai yang akan menyahut seruan berpuasa sunat pada hari Arafah pada 9 Zulhijjah( 5hb Oktober) nanti. Namun alangkah baiknya amalan tersebut disertakan dengan amalan sunnah yang lain seperti qiamulalai, serta amalan solat-solat sunat yang muakad yang disunnah seperti solat rawatib, solat tahajud, witir, wuduk dan sebagainya. Mensebatikan bacaan-bacaan doa dalam setiap perbuatan dan pergerakkan seperti doa ketika ingin tidur, bangkit dari tidur, doa keluar rumah, doa masuk dan keluar tandas, doa keluar rumah doa menunju ke masjid, doa makan dan selepasnya, doa memakai dan membuka pakaian, doa sebelum, semasa dan seusai wuduk dan seribu satu doa yang sunnahkan. Amalan solat fardu berjemaah di antara yang dituntut. Cubalah kita beramal semua yang disunnahkan dan elakkan dari beramal sebahagian atau ikut-ikutan atau amalan bermusim.

Leave a Reply