ALaANGKAH INDAHNYA!

Sejak beberapa hari ini terutamanya semalam ramai bercerita tentang fadhilat puasa pada hari Arafah /9 Zulhijjah. Melalui media baru FB dan secara bersemuka. Sebelum solat Subuh tadi ada yang ingin meng
“highlights” bahawa beliau berpuasa hari ini. Kita lihat amalan ini memang boleh kita laksanakan jika ada dorongan dan peringatan, tambahan pula bila majoriti melaksanakannya maka kita pun mampu walaupun tidak diwajibkan. Sudah semestilah walau berat macam manapun dapat kita selesaikan puasa sebulan Ramadhan apabila diwajibkan. Bolehkan?!. Persoalan timbul kenapa kita tidak “highlights”kan juga puasa sunat Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud A.S? Adakah para agamawan tidak berani menekankan kerana mereka sendiri tidak melakukan atau cuba melakukan? Hanya Allah dan yang berkenaan sahaja yang bisa menjawabnya!.
ALANGKAH INDAHnya jika amalan ini kita panjangkan dengan amalan sunat yang lain yang menjadi sunnah Rasulullas S.A.W yang bukan sahaja puasa sunat pada hari Wukuf.
Bagaimana dengan sunnah lain? tidak inginkah kita mencubanya sebagai amalan sunnah lain yang ganjarannya tidak kurang hebat juga dengan amalan yang kita laksanakan pada 9 Zulhijjah? Bagaimana dengan puasa sunat Isnin dan Khamis? Bagaimana dengan amalan solat berjamaah lima waktu di masjid atau surau? Bagaimana dengan qiamulai dan solat witir? bagaimana dengan amalan tadarus dan tadabur al Quran setiap hari? Bagaimana zikir pagi dan petang serta zikir-zikir yang menjadi amalan Rasul S.A.W? Tidak bolehkah kita tambah masa solat beberapa minit bagi melengkap solat dengan bacaan sunat tambahan dalam setiap rukun supaya solat kita lebih sempuna dan power? dan banyak lagi amalan sunnah yang dapat kita laksana tanpa perlu kos seperti haji dan umrah.
ALANGKAH INDANYA JIKA DAPAT KITA AMALKAN AMALAN SUNNAH LAIN SEPERTI KITA DAPAT LAKSANAKAN AMALAN SUNNAH 9 ZULHIJJAH SEPERTI HARI INI.Memang boleh pun!
Kita doakan semua para hujjah yang sedang berada di Arafah dikurniakan haji yang mabrur dan kepulagan meraka ke leluhur nanti akan menyemarakkan syiar Islam. Para hujjah sekarang berada di Arafah dengan pakaian ihram dari 8 Zulhijjah(kelmarin) sehinggalah selesai melontar di Jamratul Aqabah.Kira 11 jam dari sekarang adalah waktu doa yang mustajab. Kita di sini akan menyebelih korban. Marilah juga kita “menyebelih” keegongan kita, kemalasan dalam beribadat yang ada pada diri kita. Apabila sifat ini mati dalam diri kita maka dapatlah kita laksanakan segala perintahnya. Allahu akbar.

Leave a Reply