Al QURAN-TAJWID DAN AKSESORINYA JUGA PERLU DIDALAMI!

Al Quran ialah KITAB Allah yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaiwasallam sebagai yang akan kekal sampai menjelangnya hari qiamat. Kehebatan al Quran bukan sahaja aspek bacaannya berpandukan tajwid  yang wajib dilafazkan apabila kita bertadarus . Oleh kerana kehebatannya, al Quran mempunyai berbagai aksesori yang boleh di amal yang ada di antaranya amat dituntut. Sebagai contohnya terdapat 14 ayat  yang dituntut kita sujud sajadah apabila kita melewati ayat-ayat awalaupun dalam solat sekalipun. Amat malang sebahagian melewati ayat-ayat sejadah tanpa sujud sejadah, kecuali pada surah al Sajadah sahaja mereka turun sujud menandakan kehambaan kepadaNya. Ini bermakna, memplajari al Quran tidak hanya tertumpu kepada tajwid, nanun lebih daripada itu. Kita memang sedia meklum kewajipan bertadarus mengikut tajwid yang tepat, namun, terdapat banyak tempat-tempat bacaan di dalam al Quran disunatkan membaca doa atau zikir tertentu apabila melewati ayat tertentu , seperti bacaan di hujung surah attin. Begitu juga pada surah yang lain. Begitu juga waqaf semasa membaca sesuatu ayat Ada yang perlu kita gabung dua ayat dengan sekali waqaf, ada ayat yang gambungkan sebahagian daripadanya,, bacaan antara surah dalam solat misalnya hendakan mengikut urutan surah( tidak elok , jika dalam solat kita baca surah 3 kemudian surah 2 untuk rekaat kedua, yang sepatutnya surah 2 pada rekaat pertama dan diikuti dengan surah 3 untuk rekaat yang ke 2) Ayat tersebut jika tidak susun dengan betul , akan menjadi makruh.  Sekadar beberapa contoh . Ini bermakna kita perlu mendalami al Quran melampaui ilmu tajwid. Selamat mendalami ilmu al Quran dengan guru yang menguasai ilmu al Quran.

Leave a Reply