AL QURAN PERBINCANGAN KAMI!

Setahun lalu, setiap kali pertemuan dengan abah( arwah ayahanda) al Alquran merupa topik yang sering diperbincangkan. Abah begitu mendalam minatnya terhadap al Quran. Walaupun berpuluh tahun mendalami ilmu al Al Quran, namun di antara cita-citanya yang gagal aku sempurnakan ialah menemunkan abah dengan guruku dek kesihatannya tidak mengizin atau kealpaanku sendiri. Namun, ilmu yang ku perolehi dari guru akanku kongsikan apabila pulang menemuinya. Ia hanya kenangan yang teramat indah. Kini topik yang sama yang ku sedang kongsikan dengan mek( ibuku) yang mempunyai minat yang sama! Alhamdulillah itu yang kami selitkan setiap bertemu atau berhubung, malah kadang-kadang menjadi perbincangan yang panjang dan menyeronokan. Perkongsian yang amat indah yang menjurus kepada pertemuan denganNya nanti. Moga kami istiqamah sehingga hayat kami masih ada.

Leave a Reply