Al asma Al husna

99 Nama Allah yang indah dan paling lunak didengari. Untuk sepanjang ramai yang membaca dan menghayati pengertian setiap namaNya. Di media massa bercetak dan audio visual sering kita baca, dengan dan lihat. Di stesen TV OASIS(106) sering dilagukan. Kita secara tidak sedar turut berlagu mengikut penyebutnya satu persatu. Kadang-kadang tepat sebutan, kadang-kadang hampir sahaja bunyi( kerana tidak cuba membaca atau menghafalnya secara serius). Bagaimana? Sudah anda menghafalnya? Kita mampu menghafal pelbagai perkara yang susah, Sederhana dan yang mudah, namaun adakah kita cuba menghafal dan terus menghafal dan menyebut secara hafalan setiap hari? Di antara doa yang dimakbulkan ialah doa yang diiringi dengan Nama-Nama Allah. Sudahkan kita menghafalnya dan menjadi amalan harian sebagai hambaNya bahawa kita mengenali Allah dengan 99 NamaNya yang Maha Indah itu. Kita boleh semua nama orang kita kenali dan kadang-kadang nama orang yang tidak kenali, takkanlah Nama Tuhan kita yang MAHA AGUNG pun tidak kenal dan tidak mampu menghafalnya. Bersungguh-sunnguhlah menghafalnya dan jadikan amalan harian terutama pembukaan dalam setiap doa kita. Kalau kita meminta sesuatu kepada ibu atau bapa, kita akan dahului dengan panggilan namanya ” ibu, saya sakit tolong ibu,” atau ” Ayah, anakanda perlukan sedikit wang untuk belanja, bolehkah ayah kirimkan?” biasanya permintaan kita akan dipenuhi. Bagaimana perasaan ibu atau ayah kita jika terus minta tanpa menyebut namanya? Mungkin juga ditunaikan namun perasaannya mungkin agak berlainan berbanding kita dahului dengan panggilan namanya, apatah lagi disertai dengan pujian. Jadi, mana yang terbaik semasa kita berdoa, disebut Nama – namaNya satu persatu atau sebaliknya. Menyebut secara hafalan jika sudah lancar dan sebati ianya hanya mengambil masa tidak pun sampai satu minit. Jika kita benar bersungguh-sungguh pasti NamaNya sentiasa di hati dan bibir kita. Tidak ramai yang mencuba! Ikutlah gaya dan rangkap sebagaimana TV OASIS atau bertanyalah kepada orang yang menghafalnya bagai tekniknya. Hafallah Nama Allah yang MAHA AGUNG sebagai tanda kita mengangungkanNya sepanjang hidup kita sebagai hambaNya.

Leave a Reply