AKU YANG DULU

Aku yang dulu solat ala kadar sahaja, sekarang bagaimana solatku? Aku yang dulu puasa sekadar lapar dan dahaga sahaja, aku yang sekarang bagaimana kualiti puasaku? Aku yang dulu berjemaah di masjid sekali sekala sahaja bergantung kepada kelapangan dan mood, aku yang sekarang bagaimana dengan solat jemaahku? Aku yang dulu jarang-jarang solat sunat dan solat apabila perlu sahaja, aku yang sekarang bagaimana? Aku yang tadarus Al Quran kadang-kadang sahaja atau langsung tidak mengamalkannya, aku yang sekarang bagaimana? Aku yang dulu tidak pernah puasa sunat Isnin dan Khamis?aku yang sekarang begaimana? Aku yang dulu bersedekah dalam jumlah yang terkecil sahaja dan apabila diminta sahaja, aku yang sekarang bagaimana? AKU YANG DULU MISKIN AMALAN, aku yang SEKARANG KAYAKAH AMALAN? Aku yang dulu tidak ambil peduli majlis ilmu, aku yang sekarang bagaimana? Aku yang dulu ingin menunaikan ibadat haji apabila sudah pencen atau tua, aku yang sekarang adakah berharap akan dapat ke sana secepat mungkin?Aku yang dulu langsung tidak peduli persiapan untuk sebuah kematian, aku yang sekarang sedang membuat persiapankah?…….. sambung sendiri kerana yang dulu adalah yang benar sudah berlaku, aku yang sekarang bagaimana? masih sama atau sudah ada perubahan ke arah yang lebih baik dari aku yang semalam, atau minggu lepas, atau bulan lepas, atau tahun-tahun lepas?

Leave a Reply