AKU MESTI SOLAT BERJEMAAH SETIAP HARI – BOLEHKAH KITA BERJANJI?

UNTUK SOLAT BERJEMAAH
1. Solat fardu Subuh- Pada asasnya ianya tidak ada masalah bagi kebanyakkan orang kecuali yang mempunyai tugas yang kritikal (tapi tidak ramai, kurang dari 1 %.

2. Solat fardu Zhuhur – Agak mencabar, perlu persiapan jadual perjalanan hidup yang rapi tapi bukan hal yang mustahil. Di manapun kita berada, kita perlu merancang dengan teliti agar solat waktu PRIMA ini dapat kita laksanakan secara berjemaah. Bagi yang bekerja sendiri hal ini tidak mempunyai masalah (ianya antara mahu atau tidak, begitu juga pada hujung minggu bagi yang bekerja. Cuma perancangan perlu teliti untuk melaksanakan solat berjemaah di waktu kerja. Pada kebiasaannya waktu solat fardu Zhuhur berada dalam waktu rehat tengah hari. Kita kena rancang di manakan kita akan makan tengah hari dan di manakan kita dapat solat berjemaah. Rancang dengan kawan untuk solat di premis pejabat atau mencari tempat makan yang berhampiran dengan rumahNya. Rancang dan berbincang dengan rakan sepejabat untuk solat fardu zohor berjemaah.

3. Solat fardu Asar – Paling mencabar untuk pekerja pejabat, kerana waktu rehat sekejab dan kadang tidak bersamaan dengan waktu solat fardu Asar. Solusinya kita boleh solat berjemaah bersama rakan sebelum pulang ke rumah kerana untuk singgah solat di rummahNya agak sukar untuk mendapat orang sedang solat di sana di antara jam 5 hingga 7 petang. Mahu tidak mahu kita perlu korbankan masa untuk sekitar 1/2 jam untuk berjemaah di premis sebelum pulang. Rancang dan bincang dengan sebaiknya dengan kawan. Jika kita berjaya solat fardu Zhuhur dan Asar berjemaah, maka peluang untuk kita solat 5 waktu secara berjemaah setiap hari pasti berhasil. Nampak sukar tapi tidak mustahil kerana Allah akan bersama kita.

4. Solat fardu Maghrib – Pada waktu ini pada kebiasaannya kita sudah berada di rumah. Kita sahaja yang menentukan sama ada mahu solat bersendirian atau berjemaah. Bagi yang bertugas agak jauh dari rumah, kita perlu merancang di manakah kita akan mengerjakan solat Maghrib berjemaah sekiranya kita terlambat sampai di rumah untuk ke rumahNya. Mahu tidak mahu kita kena senarai rumah Allah yang akan kita lalui setiap hari untuk singgah untuk solat Magrib berjemaah.

5. Solat fardu Isya’ – Solat agak lebih mudah berbanding dengan solat fardu Maghrib, kerana kebanyakkan kita sudah berada di rumah. Jadi tidak ada masalah untuk hadir berjemaah di masjid atau surau berhampiran. Cuma halanganya ialah apabila keluarga merancang untuk keluar membeli belah, ‘dinner’ dan sebagainya. Sekiranya hal ini terjadi, kita perlu merancang sekira kita harus sebelum solat fardu Isya’. Kita mesti keluar dalam keadaan berwudhuk supaya apabila masuk waktu solat Isya’ kita dapat singgah di mana-mana rumah Allah dan dapat menjimat masa kerana dapat terus solat. Kita berpeluang untuk solat berhampiran dengan destinasi kita dalam situasi solat fardu di masjid atau surau akan di dirikan pada bila-bila masa sahaja. Kena senarailkan rumah Allah yang terdapat di sepanjang laluan kebaiasan kita untuk ke sesuatu tempat. Amalan sunat selepas solat boleh kita wiridkan sepanjang perjalanan yang bersambung. Apa yang paling utama solat fardu kita dapat dilaksanakan secara berjemaah.

Nah! Bolehkah kita berjanji untuk cuba melakukan?

Tahap kesukaran solat fardu berjemaa BERDASARKAN HAMBATAN MASA.

1. SOLAT FARDU ASAR
2. SOLAT FARDU ZHUHUR
3. SOLAT FARDU MAGHRIB
4. SOLAT FARDU ISYA’
5. SOLAT FARDU SUBUH

Berdasar KEHENDAK HATI saya rasa solat fardu SUBUH mendahului ranking kesukaran (sekadar pemerhatian peribadi saja).

Leave a Reply