AKSESORI SOLAT- ULANGKAJI

Sudah bertahun, belasan tahun, malah ada yang puluhan tahun kita solat! Bagaimana dengan zikir atau bacaan dalam solat kita? Bagaimana dengan di permulaan solat, adakah doa selain Surah Annas yang kita amalkan? Sudahkah berguru atau mendalami hadis amalan sebelum takbiratulihram? Bacaan iftitahnya Sudahkah kita buat penambahan Sebagaimana dibaca oleh Rasulullah sallalahu ‘alaiwasallam? Bacaan semasa ‘itidal , bacaan ketika rukuk selain daripada bacaan yang kita baca dari kecil lagi, bacaan semasa sujud, sudah buat penambahan sebagai yang diajar Nabi Sallallahu ‘alaiwasallam, bacaan lengkap pada tahiyat akhir sudah lazimkah atau masih dengan yang biasa? Wirid selepas Solat bagaimana? ISTIQAMAHkah? Perlu kepada ulangkaji, refresh dan buat penambahan untuk Solat yang sempurna bagi mengiringi puasa yang mabrur. Tidak ramai yang hadir solar Maghrib berjemaah di bulan Ramadhan, harap bukan kita kerana Solat Maghrib berjemaah adalah di antara pelengkap untuk menggamit malam lailatul Qadar.

Leave a Reply