Aksesori Raya

Satu Syawal merupakan hari kemenangan bagi ummat yang berpuasa. Kita diwajibkan meraikannya. Maka, dengan sebab itu hari tersebut merupakan antara hari yang diharamkan kita berpuasa. Namun meraikannya bukan sekadar beralaman atau mengucapkan “Selamat Hari Raya” semata-mata tetapi lebih daripada itu. Kita Alan diganjarkan pahala yang berganda sekiranya diamalkan pada hari yang mulia tersebut. Di antara ziarah kaum keluarga yang dekat dan jauh serta rakan taulan, sebaiknya ikutlah keutamaan. Semasa bersalaman dan apabila kita ingin meninggalkan majlis, jangan lupa doakan untuk tuan rumah. Doa boleh dijaharkan atau disirrkan ikut kesusuaian. Amalan ini menandakan kita ikhlas dalam perbuatan dan niat kita. Sedekahlsh walau sebuah senyuman untuk hadiri diserta doa kemampuan di dalam hati untuk mereka. Bersabarlah sepanjang perjalanan meraya hari yang mulia ini kerana kita dapati situasinya agak mencabar dengan kerenah MANUSIA di atas jalan dan sebagainya. Untuk mengielakkan dari rasa marah, geram dan tegang, eloklah seandainya kita basahi bibir kita dengan zikrullah. InsyaAllah, jika kita amalkan aksesori tersebut kita dapat merayakan hari kemenangan dengan ceria dan kita juga Akan dianugerahiiNya dengan pahala. Dengan yang demikian peluang kita ke syurgaNya Akan tebentang luas.

Leave a Reply