Aksesori Puasa Pelengkap Untuk Meraih Puasa Yang Mabrur

Pada Khamis(esok) kita akan memulakan puasa Ramadhan 1436H. Amalan fardu yang wajib bagi umat Islam. Seperti juga dengan amalan fardu yang lain, kita inginkan amalan kita diterimaNya atau mendapat puasa yang mabrur. Ada yang sudah lebih 60 tahun berpuasa, ada lebih 50 tahun berpuasa,ada lebih 40 tahun berpuasa,ada lebih 30 tahun berpuasaada lebih 20 tahun berpuasa,ada lebih 10 tahun berpuasa, ada sudah beberapa tahun berpuasa! Bagaimanakah kualiti puasa kita? meningkat? menurun? atau statik? Sesungguhnya peningkatan semaksima mungkin yang kita inginkan! Dan paling penting amalan puasa diterimaNya(mabrur)
Untuk mendapat puasa yang mabrur, kita bukan sekadar mematuhi rukun dan syarat serta perkara yang membatal ibadat puasa tapi lebih daripada perkara tersebut. Amalan tambahan atau aksesori perlu diamalkan untuk mendapat puasa yang mabrur.
Di antara asesori yang perlu diamalkan di antaranya ialah memastikan solat yang kita laksanakan sempurna. Mengamalkan amalan lain seperti tadarus dan tadabur al Quran, zikir, melaksanakan solat sunat biasa serta qiamulai dan amalan-amalan lain yang berkaitan DENGAN ibadat hubungan kita DENGAN Allah. Selain itu hubungan kita SESAMA MANUSIA juga perlu menepati tuntutanNya. Puasa Dari segi fizikal juga
perlu menjadi keutamaan seperti menjaga pandangan, menjaga sentuhan tangan, menjaga langkah kita supaya kaki kita tidak melangkah ke tempat yang terlarang atau sia-sia, menjaga PENDENGARAn kita perkara yang lara dan yang tidak dibenarkan oleh agama serta anggota-anggota lain. Laksanakan dari sekecil-kecil amalan sehingga sebesar amalan dalam setiap pergerakan hidup kita dengan penuh kesungguhan dan istiqamah.

Leave a Reply