AKSESORI IBADAT UNTUK DAPATKAN UMRAH MABRUR

Kebetulan singgah di KLIA untuk pulang ke kg LELUHUR kebetulan berjumpa dengan ramai jemaah yang akan menunaikan  umrah, maka sedikit tips sebagai panduan dan ingatan untuk diri sendiri dan muslimin dan muslimat.
Sejak akhir-akhir ini suatu perkembangan yang paling positif khusus kaum muslim dalam melaksanakan ibadat. Sudah ramai bercita-cita untuk menunaikan rukun Islam kelima iaitu haji. Kesedaran tanpa mengira usia, namun oleh kekangan  kouta yang ditetapkan maka bagi yang belum mampu terpaksa menangguh hasrat tersebut, manakala mereka yang mempunyai kemampuan boleh ke sana dengan pakej swasta yang agak mudah. Setiap muslimin yang ingin ke sana pasti bercita-cita untuk mendapat haji atau umrah yang mabrur. Mabrur bermaksud amalan yang diterimaNya dan balasannya adalah syurga. Kepada semua jemaah yang ingin menunaikan umrah, diharap  pemergian ke sana bukan sekadar ikut-ikutan sahaja atau satu trend atau kerana berwang tapi untuk meningkatkan keimanan dan dikurniakan umrah yang mabrur. Untuk mendapat haji atau umrah yang mabrur bukanlah suatu yang mudah tetapi tidak mustahil. Sebagaimana haji, umrah mabrur dapat dirasai dan diperhatikan apabila jemaah tersebut selesai melaksanakan ibadat tersebut.

Untuk mendapat umrah yang mabrur bukan sekadar kita melaksanakan segala rukun-rukun dan syarat-syaratnya sahaja, tetapi lebih daripada itu. Di antaranya ialah amalan-amalan tambahan sebelum dan semasa melaksanakan ibadat yang dalam bahasa kontemporarinya ialah aksesori dalam ibadat.
Pertama, niatnya hendaklah ikhlas kerana Allah S.W.T. Kedua, diikuti dengan mendalami ilmu berkaitan DENGAN ibadat yang akan kita laksanakan di samping memantap amalan harian yang diwajibkan atau perkara yang disunatkan kepada kita. Contohnya, pastikan amalan solat kita sudah betul atau sedang diperbetulkan, sama ada rukunnya, bacaan dari segi tajwid dan sebagainya. Seterusnya, amalan sebelum ke sana perlu dimantapkan aksesorinya seperti solat-solat sunat iaitu sunat taubat, rawatib,witir, memohon maaf jika ada kesalahan sesama manusia serta memaafkan mereka dan sebagainya. Hal ini jarang diberi perhatian apabila kita perhatikan perlakuan jemaah sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Mereka sekadar solat Subuh misalnya. Lebih suka bersolat bersendirian dan tidak mengambil berat solat sunat sebelum Subuh yang amat besar ganjaran. Aksesori ini penting sebagai latihan dan persiapan semasa melaksanakan ibadat umarah nanti. Kemabruran haji atau umrah sebenarnyanya bermula di rumah lagi dan tidak hanya apabila kita menjejak kaki di Tanah Suci. Di antara cara untuk mencapai haji mabrur ialah seseorang itu hendaklah melaksanakan solat Subuh berjamaah dan beramal sehingga masuk waktu dhuha. Amalan solat berjamaah perlu dimantapkan sebelum ke sana sebagai aksesori utama kita apabila di sana dan pulang nanti. Banyak aksesori yang boleh dilaksanakan sebelum ke sana. Apabila jemaah berada di sana, aksesori tambahan perlu dilaksanakan agar ibadah umarah kita mantap. Di antaranya memperbanyakan solat sunat, khatam al Quran sepanjang di sana, di samping amalan biasa seperti puasa ISNIN dan KHAMIS apabila kebetulan pada HARI tersebut kita di sana. Amalan puasa ISNIN dan KHAMIS merupakan aksesori ibadat kita sepanjang masa, sama ada sebelum, semasa dan selepas umrah. Sentiasa tambah aksesori ibadat sepanjang di sana. Tumpukan sepenuh komitmen sepanjang di sana. Korbankan segalanya, tidur sekadarnya, makan sekadar serta jauhilah perkara yang tidak berbentuk ibadat, apa lagi yang makruh dan haram. IsyaAllah jika dilaksanakan pasti Allah akan mabrurkan umrah kita. Perkara yang teramat penting ialah, pasti sumber kewangan kita ke sana adalah dari sumber yang halal dan kita sudah menjelaskan hutang piutang sesama manusia. Wallahu’alam

{ Leave a Reply ? }

Leave a Reply

Pingback & Trackback

  1. brazzers porno - Trackback on 2016/06/26/ 09:17
  2. báo giá tấm xuyên sáng - Trackback on 2016/08/19/ 18:10
  3. building intercom upgrade - Trackback on 2017/01/06/ 13:12
  4. food stylist - Trackback on 2017/02/20/ 17:23