AKSESORI IBADAT JUMAAT

Termasuk diri sendiri dan ramai lagi menganggap menghafal al Quran merupakan sesuatu yang sukar. Ianya dianggap untuk orang-orang tertentu sahaja terutamanya kanak-kanak dan remaja dan jiwa dan hatinya masih bersih. Itulah anggapan kebanyakkan kita. Apabila kita beranggapan demikian menyebabkan kita langsung tidak mencubanya. Sebenar apa saja yang disuruhNya pasti dapat kita laksanakan. Allah (al Mujib) dan berkuasa ke atas sesuatu walaupun kita rasa mustahil. BERMULA dari hari ini Marilah kita tambah aksesori ibadat berkaitan tadarus al Quran. Hari kita ‘upgraded’ amalan kita dengan memulakan menghafaz al Quran. Mulailah dari surah yang senang. Buat target sekurang-kurangnya paling minima dapat menghafaz satu surah pendek dalam sebulan, insyaAllah Allah akan menganurahi kita. Cubalah dan anda akan merasa kurniaanNya. Cubalah, cubalah dan cubalah laksanakan suruhanNya, DIA akan memakbulkannya.

Leave a Reply