AKSESORI DALAM SOLAT

Bagaimana dengan solat kita jika di bandingkan dengan kelmarin, atau minggu lepas atau tahun lepas atau sepuluh tahun lepas atau dua puluh tahun lepas dan sekiranya umur kita telah mencecah 50an bagaimana kualiti solat kini dibandingkan dengan solat 30 tahun lepas?
Adakah nilai tambah atau amalan-amalan sunat (aksesori) yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W kita laksanakan? Apakah bacaan selepas takbirratulihram dulu dan kini masih sama atau Ada penambahan? doa iftitahnya masih sama apa yang dibaca 20 tahun lalu, tiadakah penambahannya?bagaimana dengan bacaan ketika rukuk? masihkah dengan ‘subhanarabial’alla wabihamdih’ tidak adakah nilai tambah(aksesori)nya? Bagaimana dengan nilai tambah ketika i’tidal, ketika sujud, sebelum salam dan selepas salam? Kesimpulannya adakah memadai dengan amalan sedia ada? analoginya adakah masih kita makan nasi dengan BUDU sahaja semasa zaman keperitan hidup dulu-dulu? apakah pakaian yang kita pakai sama dengan pakaian tahun-tahun dulu? Dalam hal ini, dirasa tidak sekali-kali kerana kita sudah makan macam-macam bukan sahaja makanan tempatan malah ada yang citarasa kebaratan sama ada dalam aspek makan dan berpakaian. Nah bagaimana dengan solat kita? renungilah dan buatlah tambahnilainya(aksesori) dalam solat agar lebih baik dan sempurna dari solat yang sebelumnya. Sentiasa berharap setiap solat adalah yang terbaik dan solat yang terakhir dalam hidup kita. Tambahlah secara berdikit tapi ingat kena ISTIQAMAHLAH.

Leave a Reply