Aksesori Dalam Solat – siri 7

Mendengar, menghayati, berdoa dan menjawab azan merupakan ibadat tambahan(aksesori) dan besar pahala serta banyak fadhilatnya. Untuk mendengar muazim menyeru kaum muslimin mendirikan solat, kita seharus datang awal ke masjid atau surau. Hayati maksud setiap bacaan dalam azan dan berdoa semasa azan dikumandangkan. Jawab setiap bacaan dalam azan dengan serius bukan sekadar menjawab sambil lewa sahaja. Kita juga boleh berzikir semasa bacaan azan dikumandangkan supaya kita terhindar daripada sifat lalai atau melakukan perkara-perkara yang sia-sia terutama bercakap dan sebagainya. Ada setengah ulama mengatakan di antara saat doa dimakbulkan ialah semasa azan sedang dikumandangkan. Berdoalah apa saja yang baik, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Carilah dan belajar amalan yang terbaik berkaitan dengan azan. Apabila azan selesai dikumandangkan,maka jawablah azan tadi dengan penuh kesedaran dan bersungguh-sunguh dan buat penambahan pada doa selepas azan sebagimana yang diamalkan oleh para solehin. Amalan ini nama simple dan kecil tapi sukar untuk istiqamah dalam amalannya. Amalkan aksesori ini sebagai pengukuh kepada amalan-amalain yang lain sama ada yang wajib atau sunat. Wallahu’allam.

Leave a Reply