Aksesori Dalam Solat – Siri 6

Apa yang kita baca dan lakukan dalam perjalanan ke masjid, merupakan amalan yang akan diberi GANJARAN oleh Allah S.W.T jika amalan yang kita laksanakan ikhlas semata mendapat redhaNya. Apabila berada di dalam masjid, hendaklah kita laksanakan solat Tahayyatul masjid. Berdoalah selepas  setiap kali solat, sama ada solat sunat atau fardu. Bacaan doa yang bersesuaian yang diamalkan oleh para solehin. Sekiranya waktu masih  sementara AZAN dikumandangkan, bolehlah tambah solat-solat sunat lain seperti solat sunat taubat, sunat hajat dan sebagainya atau sunat mutlak seberapa banyak yang termampu.  Jika agak kepenatan untuk mendirikan solat boleh ditambahkan aksesori  lain dengan tadarus Al Quarn atau bertadabbur. Seandainya tidak mampu dan untuk lebih santai, boleh sahaja duduk sambil berzikir DENGAN zikir-zikir yang mektabar. Jika masih terasa berat, anda boleh sahaja duduk sambil termenung. Menungkan semua nikmat yang telah Allah kurniakan yang tidak ternilai, atau menungkan kebesaran-kebesaran yang ALLLAH wujud di keliling kita.Aksesori yang paling senang jika amalan tersebut tidak terdaya kita laksanakan, kita boleh saja duduk dengan tidak berkata-kata perkara yang lara atau sia-sia. Jika kita malas beribadat, jangan kita berbuat dosa. Elak dari bersandar di dinding atau tiang masjid, kerana Nabi S.A.W tidak pernah bersandar. Berpahala jika kita amalkan, mudah saja mengikut sunnah dan mendapat pahala. Wallahu’allam.

Leave a Reply