Aksesori dalam solat – Siri 5

Setelah aksesori ringkas yang dimulai dengan mengambil wuduk, seterusnya ke masjid dan masuki masjid. Aksesori nya dalam bentuk doa dan perbuatan, maka aksesori seterusnya apabila memasuki dan berada di dalam masjid. Sebagaimana kita sedia maklum kedatangan awal ke masjid berpahala dan berada di saf paling hadapan akan mendapat doa daripada malaikat. Aksesori ini telah dinyatakan dalam Siri 4. Aksesori seterusnya ialah mendirikan solat tahayattul masjid sebelum melabuhkan punggung merupakan perkara sunat yang sangat dituntut. Seterusnya duduk dengan tertib dan jangan sekali-sekali bersandar pada dinding atau tiang dalam masjid, kerana ini sunnah yang paling senang diikuti kerana mengikut riwayat Nabi S.A.W tidak pernah bersandar apabila berada di dalam rumah Allah. Aksesori yang mudah dan berpahala. Seterusnya pasangkan niat iktikaf. Wallahu’allam.

Leave a Reply